Thursday, January 20, 2011

jalan-jalan ke seremban parade

pagi ni saya bangun lambat sebab malam tadi saya tido lewat. saya teman papa tengok tv. lepas minum susu yang tidak habis papa mandikan saya dan bersiap-siap pakai baju cantik. papa dan mama bawak saya berjalan-jalan ke seremban parade. papa ada interview untuk kerja baru. saya dan mama jalan-jalan pusing-pusing shopping complex.


mama jumpa kawan mama, auntie salmah. saya dapat main dengan kakak dania dan kakak aameera. saya sangat suka bermain bersama kakak dania dan kakak aameera. bila saya lapar mama belikan saya nugget mcdonald. lepas makan perut saya sakit. saya berak dalam pampers. mama dan papa cuci berak saya dalam tandas orang cacat.


selepas mama dan papa makan kami pun pulang semula ke Kuala Lumpur. dalam perjalanan pulang mata saya sangat mengantuk. saya tertidur diatas pangkuan mama. bila saya sedar saya sudah sampai di rumah tante. disebabkan saya tidur mama tidak turun dan menjaga saya didalam kereta. saya sangat gembira kerana dapat pegi berjalan bersama mama dan papa pada  hari ni. sekian sahaja untuk hari ini...... jumpa lagi

No comments:

Post a Comment